Permulaan.

Assalamualaikum blog, kawan kawan blogger yang masih ingat siapa diri ini dan juga family yang suka stalk blog ni. Maaf, membiarkan blog ni tanpa apa apa berita dan entry mcm dulu. Ya, aku mengaku, aku hampir berputus asa nak berblog semula disebabkan ada yang menentang and disebabkan masalah lain yang menimpa nimpa. Bagaikan seseorang yang hilang arah tujunya. Tapi diri ini perlu kuat, tabah menghadapinya. Selagi diri ini boleh bertahan, aku akan menepis segala rintangan untuk aku berhenti dari apa yang suka lakukan.

Sekarang, aku tak tahu di mana aku nak mulakan, sama ada membetulkan kembali blog yang bersepah ini ataupun membetulkan kepala otak pemilik blog ini. Keliru.

Semenjak aku tinggalkan blog ni, banyak yang berubah and aku dah sedar, blogger hari ini lebih pentingkan diri sendiri. Sebab apa? Nanti aku ceritakan dekat entry yang akan datang :) 

Sungguh, aku sudah lupa dengan function yang ada dekat butang yg ada dekat blogger.com ni. -.- Sebagai permulaan, ni je yang mampu aku taip. Aku hanya menjanjikan entry yang lebih baik selepas ini. Insyaallah. Doakan aku bahagia dengan hidup baru aku sekarang. Terima kasih kepada sebilangan blogger yang sudi memberikan kata kata semangat dan bertanyakan khabar. Terima kasih. :)



Iloveyou :)

4 budak cute:

Syuhada Nasya said...

mna ada brsepah .. ok la.. :)

Nurul Aida Shafiena said...

ye ke? haha, terima kasih syuhada :)

Aliff Haikal said...

walau jatuh untuk kali ketujuh , bangkitlah untuk kali kelapan :)

semoga berjaya Aida ! :)

Nurul Aida Shafiena said...

ekal, terima kasih sebab bagi nasihat sokongan :)